widgets

Sunday, December 30, 2012

Jodoh Pemuda Kudung Iraq

Jodoh Pemuda Kudung Iraq: Jodoh Pemuda Kudung Iraq - LONDON : Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas ...

Friday, December 28, 2012

FAUZIAH LATIFF - KAU MERUBAH SEGALANYA

my sparkle: Minted. Holiday Cards Review

my sparkle: Minted. Holiday Cards Review

::Penutup Bekas Plastik::

Bekas plastik terpakai jangan dibuang dulu, recyclekan menjadi sesuatu yang bole dimanfaatkan.. ini tips saya macamana nak gunakan bekas plastik terpakai.. bila mula lakukan aktiviti memanik pasti nak guna bekas lebih dari satu so saya gunakan penutup bekas plastik ni sebagai tempat atau rak untuk sy bermain manik tak la bertabur sangat selagi masih digunakan biar jer letak macamni hee.. sharing is caring ^^

::Indahnya Sabar::

Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya umpama batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung. Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, kerana ia tidak memiliki hawa nafsu. Bagaimanapun, bagi kebanyakan orang akan timbul persoalan bilakah kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi, jawab beliau: "apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu redha dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi". Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak mampu diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.. Wallahualam.

Wednesday, December 26, 2012

::iNa's FL0WERS:: Part 6

Pujuklah Hati Yang Tersakiti..

' bila kita mendiamkan diri, bermacam andaian orang akan fikir kita.. biarlah orang berkata apapun, kita tahu apa yang kita lakukan.. Allah melihat dan mengetahui.. diam itu lebih baik lebih bersifat mulia kerana dengan diam kita mampu mengelak situasi dan perkhabaran yang tidak disenangi, hanya mereka yang memahami faham disebalik diam seseorang.. jangan pula kita diam disebabkan 'dendam', saya memilih untuk lebih bersikap diam sebagai permulaan setiap sesuatu impak yang positif kepada diri sendiri '

Tuesday, December 25, 2012

::iNa's FL0WERS:: Part 5

After..
Before..
Satin Roses by myhandmade.

::iNa's FL0WERS:: Part 4

::iNa's FL0WERS:: Part 3

Bunga Kobis by handmade.

.... Don''t Let Him / Her Go ....

When he/she says Sorry even though he/she didn't do anything.. When he/she cries because he/she still Loves you or misses you.. When he/she still tries to get you Back.. When he/she no matter how much you hurt him/her but, he/she still loves you.. When he/she stops his/her Argument with his/her Girl/Boy to save his/her relationship.. :/ When he/she continuously makes you feel special & tries to make you happy.. When he/she is upset but doesn't tell you as he/she thinks he/she is annoying you.. When he/she wants to Leave you because of your rude behaviour, but, he/she is not able to do.. :/ Don't Let HIM/HER Go.. ♥ ::You may never find someone like that ever again::

Sunday, November 25, 2012

::CabaranWanita::

Zaman sekarang tidak sama zaman emak bapa kita dulu, kehidupan hari ini peranan wanita adalah sama sepertimana lelaki. Malahan boleh kita lihat, wanita hari ini begitu menonjol penglibatan mereka dalam pelbagai arena dan bidang kerjaya memang tidak dinafikan. Tanggungjawab amat berat kepada wanita yang berkerjaya dan berkahwin. Apa yang dikhuatiri adalah berlakunya perselisihan faham jika tiada persefahaman pada pihak si suami, akhirnya mengakibatkan keruntuhan sesebuah perkahwinan. Banyak pasangan suami isteri yang berkerjaya berdepan pelbagai cabaran berumah tangga, lebih-lebih lagi apabila isteri menyandang jawatan lebih tinggi dan lebih sibuk menguruskan kerjayanya. Andai suami memahami dan boleh menerima keadaan sebegini dan memberi sokongan, Alhamdulillah. Itupun banyak bergantung kepada kebijaksanaan isteri melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab tatkala melangkah masuk ke rumah dari pejabat.
Lebih-lebih lagi jika isteri menyandang pangkat lebih tinggi dan membawa balik jawatannya sehingga suami rasa tergugat, perhubungan suami isteri mula bermasalah. Situasi sebegini amat mencabar kepada wanita tersebut.
Malahan dengan kuasa ekonomi yang ada, isteri boleh sahaja menggaji pembantu rumah untuk mengambil alih sebahagian besar urusan rumahtangga tanpa menyedari sentuhan kasih sayang didahagakan keluarganya. Defisit piskologi boleh membuatkan keluarga berasakan terabai. Jika ini tidak disedari dan ditadbir urus dengan baik akan membawa kepada kedinginan dalam perhubungan. Lama-kelamaan, masing-masing menjauhkan diri. Kefungsian keluarga kian merosot dan akhirnya mengundang pelbagai masalah hubungan suami isteri, ibu bapa dan anak. Apabila ini berlaku, perkembangan anak terjejas, malah jati diri mereka turut lemah. Anak menjadi rapuh dan mudah rebah berdepan pancaroba hidup. Mungkin sudah tiba masa untuk mengubah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat agar fokus kementerian tertumpu kepada pembangunan keluarga yang menjadi unit sosial paling asas. Dengan ini, kementerian tidak dipersepsikan sebagai pejuang dan milik wanita. Lelaki pun tidak rasa segan silu untuk menyertai program atau meminta bantuan daripada kementerian itu ketika memerlukannya. Dengan kata lain, kementerian akan bersifat lebih inklusif. Sebagai wanita, tidak mudah untuk memikul tanggungjawab yang pelbagai sekaligus menghadapi pancaroba hidup yang semakin mencabar.

::BabyBlueInPurple::

ermm agak mencabar pasang manik pada kain yang berbunga2 dan agak berwarna-warni, kena bijak memilih warna sesuai.. berkat sabar akhirnya siap juga even mengambil masa agak lama untuk siapkan.. masalah pada pemilihan warna ehee..