widgets

Sunday, November 25, 2012

::CabaranWanita::

Zaman sekarang tidak sama zaman emak bapa kita dulu, kehidupan hari ini peranan wanita adalah sama sepertimana lelaki. Malahan boleh kita lihat, wanita hari ini begitu menonjol penglibatan mereka dalam pelbagai arena dan bidang kerjaya memang tidak dinafikan. Tanggungjawab amat berat kepada wanita yang berkerjaya dan berkahwin. Apa yang dikhuatiri adalah berlakunya perselisihan faham jika tiada persefahaman pada pihak si suami, akhirnya mengakibatkan keruntuhan sesebuah perkahwinan. Banyak pasangan suami isteri yang berkerjaya berdepan pelbagai cabaran berumah tangga, lebih-lebih lagi apabila isteri menyandang jawatan lebih tinggi dan lebih sibuk menguruskan kerjayanya. Andai suami memahami dan boleh menerima keadaan sebegini dan memberi sokongan, Alhamdulillah. Itupun banyak bergantung kepada kebijaksanaan isteri melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab tatkala melangkah masuk ke rumah dari pejabat.
Lebih-lebih lagi jika isteri menyandang pangkat lebih tinggi dan membawa balik jawatannya sehingga suami rasa tergugat, perhubungan suami isteri mula bermasalah. Situasi sebegini amat mencabar kepada wanita tersebut.
Malahan dengan kuasa ekonomi yang ada, isteri boleh sahaja menggaji pembantu rumah untuk mengambil alih sebahagian besar urusan rumahtangga tanpa menyedari sentuhan kasih sayang didahagakan keluarganya. Defisit piskologi boleh membuatkan keluarga berasakan terabai. Jika ini tidak disedari dan ditadbir urus dengan baik akan membawa kepada kedinginan dalam perhubungan. Lama-kelamaan, masing-masing menjauhkan diri. Kefungsian keluarga kian merosot dan akhirnya mengundang pelbagai masalah hubungan suami isteri, ibu bapa dan anak. Apabila ini berlaku, perkembangan anak terjejas, malah jati diri mereka turut lemah. Anak menjadi rapuh dan mudah rebah berdepan pancaroba hidup. Mungkin sudah tiba masa untuk mengubah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat agar fokus kementerian tertumpu kepada pembangunan keluarga yang menjadi unit sosial paling asas. Dengan ini, kementerian tidak dipersepsikan sebagai pejuang dan milik wanita. Lelaki pun tidak rasa segan silu untuk menyertai program atau meminta bantuan daripada kementerian itu ketika memerlukannya. Dengan kata lain, kementerian akan bersifat lebih inklusif. Sebagai wanita, tidak mudah untuk memikul tanggungjawab yang pelbagai sekaligus menghadapi pancaroba hidup yang semakin mencabar.

No comments:

Post a Comment